Jauhi Sikap Hasrat Dengki.

3:52 AM Posted In Edit This 0 Comments »

Rakan-rakan sekalian, hasrat dengki ini sebenarnya ialah penyakit hati dan maksiat batin yang terdapat pada manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan. Orang yang mempunyai sifat hasad ini mengharapkan sesuatu nikmat yang ada pada seseorang berpindah kepada dirinya.

Dalam bahasa melayu, dengki digandingkan dengan perkataan hasad bermaksud kebencian (kemarahan) kerana perasaan cemburu atau iri hati yang amat sangat. Jadi hasrat dengki merupakan perasaan tidak senang hati dalam diri seseornag apabila melihat orang lain mendapat seuatu kebaikan.

Sekiranya busuk hati wujud pada seseorang akan menyebabkan orang itu tidak suka sesuatu kebaikan diperolehi  hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan di hadapanya tentang kesenagan mana-mana hamba Allah, hatinya menjadi sempit dan resah mendengarnya. Tetapi apabila diketahui pihak lawanya gagal dan menerima malang, dia akan berasa gembira dan suka hati.

Walau bagaimanapun dalam islam terdapat dua perkara yang dibenarkan hasad. Jenis hasad ini dipanggil sebagai ‘ghibtah’ iaitu iri hati dengan kejayaan dan kemampuan seseorang lalu cuba bersaing secara sihat. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud tidak boleh dengki dan iri hatikecuali dalam dua perkara iaitu iri hati terhadap orang yang dikurnia harta lalu menginfakkannya (di jalan Allah) pada malam dan siang hari, juga iri hati kepada orang yang diberi kepandaian membaca al-Quran lalu membacanya setiap malam dan siang (Riwayar Bukhari dan Muslim)

Sama-samalah kita berdoa agar kita tidak tergolong di kalangan orang yang mempunyai hasrat dengki. Jika kita lihat rakan kita menerima ganjaran, hadiah atau kelebihan daripada kita. Kita seharusnya berasa gembira dengan apa yang dimilikinya. Bukannya, cemburu dan lawan balik , dengan cara yang tidak sewajarnya.


0 comments: