9:52 PM Edit This 0 Comments »
.

Ayah ku seorang anggota polis

8:25 AM Posted In Edit This 0 Comments »



Ayahku seorang anggota polis. Itulah yang aku tahu di kala aku masih kecil dan keanak-anakkan. Aku melihat ayah kerja di kala siang dan malam. Malah kadang kala aku cemburu melihat waktu ayah yang diambil oleh tugasnya yang bagai tidak ada henti. Aku juga kadang-kala merungut kecil apabila waktu cuti raya ayah dibekukan dan kami tidak dapat merayakan hari yang mulia itu bersama-sama. Aku juga sering bertanya kepada ibuku kenapa ayah tidak bekerja seperti ayah rakan-rakanku. Yang mana masa kerjanya lebih teratur.


Namun kata orang alah biasa tegal biasa. Aku lama-kelamaan mengerti pekerjaan ayah yang mencuri masanya. Malah aku juga turut bosan dengan pertanyaan keluarga yang bertanya tentang ayah apabila kami pulang ke kampung. Tidakkah mereka mengerti tugas ayah. Hari demi hari ku amati ayah tekun bekerja. Di kala itu gaji ayah begitu kecil. Malah ada juga keluarga kami yang memperkecilkan kerja ayah. Hati aku merugus geram. Tidakkah mereka tahu penat dan keringat ayah adalah untuk berjuang demi kebahagiaan orang lain. Hidup di kalangan keluarga polis telah mematangkan ku tetang tugas seperti ayah.


Saban hari ayah juga sering membawa pulang cerita mengenai kes dan jenayah yang bersangkutan pekerjaannya. Malah masih ku ingat di kala ayah dinaikkan pangkat kerja ayah lebih berat. Ayah juga sering mengendalikan kes-kes kematian yang mengerikan. Aku juga sering mencuri membaca buku report yang ditulis oleh ayah. Hatiku lantas tertarik dengan setiap kes yang dicatatkan. Bagiku menjadi seorang polis menjadikan ayah cukup arif tentang hidup dan kemanusiaan . Lantas dalam diam ku simpan niat ingin menggengam tugas seperi ayah. Aku sering mendengar desas-desus yang menyatakan polis kaya kerana banyak makan rasuah. Bagiku tidak untuk ayah. Ayah menjalankan amanah dengan sempurna kerana dia tahu pekerjaannya adalah mulia dan keringat dan usahanya untuk menampung kehidupan kami sekeluarga. Aku menjadi berang kadang-kala rakan-rakan menuduh polis yang bukan-bukan. Tidak aku nafikan semua manusia itu bukan sempurna. Ada juga polis yang jahat, salah gunakan kuasa. Tetapi bukan semua begitu, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kalau jadi cikgu pun ada juga cikgu yang jahat, ujarku. Sebab itu ada kes guru ditahan kerana pukul murid sampai pengsan.


Setelah aku tamat sekolah aku tergerak hati ingin masuk ke bidang ini. Namun hasratku tidak disenangi oleh ayah. Dia ingin aku lanjutkan pelajaran dan mencari pekerjaan yang lain yang lebih baik katanya. Dalam hati aku tahu, ayah tidak mahu jejak beratnya diikuti oleh anak-anaknya. Setelah ayah pencen nanti adakah ahli keluarga kami nanti yang mengikut jejak ayah? Ayah perlu tahu tugasnya telah sedikit sebanyak mengheret kami ke bidang ini. Mana mungkin kami jauh dari keadaan dan persekitaran ini. Aku amat bangga dengan tugas ayah. Mungkin mereka yang jauh tidak mengerti tugas ini. Dengan titik peluh dan keringat ayah dalam tugasnya dia mampu menanggung hidup kami sehingga aku ke universiti.

KuRNIA...

8:22 AM Posted In Edit This 0 Comments »



Panas terik cahaya matahari amat perit mencengkam kulit. Namun tetap aku gagahi mengayuh basikal dengan pantas. Semoga aku sempat sampai pada waktu yang dijanjikan. Aku tidak suka orang menungguku. Lebih-lebih lagi dia. Apatah lagi aku tidak sabar-sabar mendengar berita yang ingin disampaikan olehnya. Kiriman sms yang baru ku terima tadi sungguh ringkas. “Kita jmp tmpt biasa pukul 2.30 ptg ada hal penting nak bincg”. Dari jauh kelihatan kelibatnya menantiku di tepi pondok stadium. ‘’Hai, lama ke tunggu?, ujarku. “Tak lah baru je sampai”. Aku menghampirinya, ku lihat ada kegusaran pada wajahnya. Dia menarik nafas panjang. Bunyinya macam menghadapi masalah berat. Dia merenung wajahku. Aku masih ingat detik itu. Pertemuan kami yang terakhir kalinya sebelum dia melangkah pergi meninggalkan ku. Pemergiannya telah merenggangkan perhubungan kami. Kini telah tujuh bulan aku menantikannya. Khabar berita yang ku terima kian hambar. Malah kiriman sms yang ku hantar bagai tidak acuh sahaja dibalasnya. Kalau dulu kami sering berbual atau berchating panjang. Tapi kini, tidak lagi. Dia seolah-olah menyembunyikan sesuatu dariku. Bermula dengan utusan berita setiap hari berkurangan menjadi setiap minggu dan akhirnya bulan. Kini aku tidak lagi mendengar khabarnya. Telah ku usaha menghubunginya tapi aneh tidak berjawab.

Aku dapat merasakan perubahan ketara dalam dirinya. Kadang-kadang aku membuat tafsiran sendiri adakah dia telah melupakan ku dan sudah ada yang lain. Namun andaian itu aku lempar jauh. Hatiku terpanggil untuk bertandang berjumpa dengannya. Aku nekad untuk terbang ke Kota Kinabalu tanpa pengetahuannya. Setibanya di KK aku disambut oleh seorang rakanku Yati yang kebetulan belajar di sana. So dapat lah aku menumpang dan dapatlah dia membantuku apa yang patut. Yati mengajakku ke rumah sewanya. Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata. Wajahnya terbayang di ruang mata.

Yati menemaniku ke rumah yang ku cari. Aku menekan loceng dan menanti kelibat sesiapa yang mengundang kedatangan kami. Kelihatan satu wajah yang aku kenali keluar merapati pagar rumah. Dari jauh kulihat dia mengamatiku. Akhirnya dia melirik senyum gembira dan memanggil namaku. “Nurul ke ni”? katanya. Aku mengangguk dan bersalam dengannya. Dia begitu terperanjat dan gembira dengan kedatanganku. Aku agak rapat juga dengan Mak Cik Kartini sebelum dia berpindah mengikut suaminya atas urusan kerja ke KK. Aku terharu dan gembira. Namun bukan kegembiraan itu yang kucari. Dengan ramah Mak Cik Kartini menghidangkan kami minuman dan kuih-muih. Aku masih lagi menanti kelibatnya namun masih tidak kelihatan.



“Mak cik, Hanan mana”?tanya Yati, mungkin dia dari tadi mengamatiku yang kelihatan gelisah menantikan Hanan. Wajah Mak Cik Kartini berubah mendung. Kulihat matanya merenung jauh ke dalam mataku.” Nurul tak tahu”? Aku tidak pasti apakah soalan yang diajukan kepadaku ini. Mak Cik Kartini menarik nafas panjang sebelum memulakan cerita. Aku dan Yati mendengar berita buruk yang disampaikan oleh Mak Cik Kartini. Aku tidak sangka Hanan menyembunyikan sesuatu yang amat perlu untuk aku tahu. Hanan tidak adil kerana meminggirkan aku saat ini. Dari jauh aku lihat sebujur tubuh terbaring di katil. Hanan tidak menyedari kehadiranku di kamarnya. Malah dia juga tidak tahu aku terbang ke KK mencarinya. Dia masih nyenyak tidur. Mungkin kesan ubat menyebabkan Hanan tertidur. Aku memujuk hatiku melihat Hanan dengan tabah. Hanan terlibat dalam kemalangan jalan raya setelah motor yang ditunggangnya dilanggar lori lima bulan yang lalu. Hanan mengalami kecederaan parah, dia lumpuh separuh badan. Hanan yang dulu ku kenali begitu aktif di sekolah dengan aktiviti sukan dan kokurikulum kini tidak lagi mampu berdiri. Aku begitu sedih dan simpati mendengar dan melihat keadaan Hanan.

Hanan terjaga dan terperanjat melihat aku duduk di sisinya. Aku tersenyum walaupun dalam hatiku pedih di kala itu. Hanan ingin menyatakan sesuatu namun aku menahan bibirnya dengan jariku. Cukup, aku telah mengerti semuanya Hanan. Namun ingin ku katakan aku akan setia di samping mu biar pun bagaimana keadaan dirimu, kerana aku begitu mencintai dirimu.

Aku menatang minuman ke meja di tepi perkarangan rumah. Suasana petang hujung minggu itu cukup mendamaikan. Lebih-lebih lagi bayu laut berhampiran rumah kami memberi keserasian di hatiku. Petang yang cukup indah bagi merehatkan tubuh dari kesibukan kerja di pejabat perlu diisi bersama keluarga yang tercinta bisikku dalam hati. “Mari minum dulu “?kataku. Anakku yang sulung seusia tiga tahun berlari mendapatkanku. Disusuli suami tercinta Mohd Hanan Hanafi tersenyum menghampiri kami. Syukur kepada tuhan kini Hanan sembuh sepenuhnya.Cinta itu bukan Tuhan tetapi merupakan kurniaan daripada Tuhan. Setelah berusaha selama dua tahun lebih, Hanan bangkit demi meneruskan impian kami . Kini, kami bahagia bersama puteri kami, Arisha.









siKAP..

5:14 AM Posted In Edit This 0 Comments »



Suatu ari saya n bbrp rakan2 ke mcd..tgh syok2 mkn..tgk lh bbrp kelibat org putih..pelancong asing..adalah dlm lima org..dorang di meja sebelah kami.. tp dorang mkn cpt jg..past mkn je..saya tgk dorang terus bgn kemas semua smph or sisa bekas or plastik mknan letak dlm dulung..n then siap lap lg meja mcd tu dgn tisu..n sorang kwn dorang tu bwk dulung ke tong sampah n buang semua smph dlm dulung ..n dulung tu diletakkn ats meja dgn cermat..hati saya terpengun melihat tindak-tanduk pelancong td..dlm hati..bgs..patutlh negara mereka bersih..kita rakyat malaysia kaya dgn pelbagai kaum..tp sikap ?hem..maybe lum kaya lg kot..lg2 aspek bersih2 ni..kita hanya pikir kje2 bersih tu perlu dilakukn oleh cleaner..coz dorang dibyr gaji..n kdg2 ada jg x mau flash toilet n uat buang sampah merata-rata termsklh di jln raya..yg penting umh sendiri bersih..kete sendiri bersih..n sendiri bersih sudah...tp mereka..cam pelancong or org asing..ambik part yg mampu tuk tolong sama2 handle kebersihan ni...x lh malu dgn pelancong yg bertandang nanti..

Kisah tudung...

4:51 AM Posted In Edit This 0 Comments »

Tudung.tudung...bukan nak nak promote tudung kat sini..tp nak cte sikit pasal pengalaman saya di sebuah kedai tudung di pekan Temerloh Pahang..suatu ari entah x ingt brp ari bulan saya besiar-siar di pekan Temerloh  nak cari tudung ..So saya pun msk lh sebuah kedai ni..tp yg x best tu layanan owner kedai tu punyalh mengecilkn saraf sanubari..huh..huh..dengan muka mencuka n menjelingnya dia tanya nak cari tudung pe? Lum hbs saya jwb soalan dia..klau tudung murah cam awk pakai tu x de jual kat sini..huh..huh..tersentap saya mendgrnya..adakah saya salah dgr or mmg dia yg salah ckp..mmg saya akui saya pakai tudung murah je masa g kedai dia ari tu..hmm tiba2 ada lh seorg mak cik ni msk kedai..dia punya lh dgn muka manis..senyum simpul kat mak cik tu ..hai..kak nak beli pe?cantiknya tudung akk pakai tu mesti mahal kn..sambil matanya melirik sinis ke arah saya.saya pe lg  terus pergi meninggalkn  kedai maybe for ever2 kot.
Saya sgt tersentuh hati dengan layanan owner kedai tu...cam2 perangai org ni..bagi saya tak baik kita memperkecilkn n menghina org lain. Kita manusia ni semua sama je..yg bezakn kn kita amal ibadah..lg satu kita kai tudung untuk tutup aurat..bukan pakai tuk membangga diri ... tudung aku batu mahal..sulam mahal..n mmg mahal lah...jd tuan kedai patutnya jgn lh sombong sgt..kdg2 saya terpikir org cina leh berjaya dgn perniagaan krn mereka pandai treat customer sampai tarik msk kedai... tp k’bnykkn org melayu x beri layanan yang baik kepada customer..cam lh kita ambk brg dorang free je..pada si penjual tudung tu..hope dia insaflh..amin..

..hidup ini..

4:31 AM Posted In Edit This 0 Comments »



Hidup ni ibarat perantauan..kita diberi peluang mencari sebanyk mungkin bekalan di dunia ni..so hargailh masa dan keringat yang kita ada dengan amalan n kebaikan yg mampu memberi kebahagiaan di dunia n akhirat..sama-samalh kita nasihat-menasihati..krn kita manusia mempunyai sifat lalai n alpa..n x perfect pun..kelemahan yg ada perlulh dibaiki..n jgn pula kita mencerca n mengata keburukan org lain apatah lagi mengeji n menghina mereka..ia merupakan perbuatan yg tidak adil sama sekali..so sebelum kita nak mengata org tu renungkn dulu keadaan diri kita ni..adakh kita betul-betul perfect tahap dewa(kata org sarawak tu). So sama-samalh kita memperbaikinya..n alangkah bestnya klau kita sama2 menghargai n memberi sinar kebahagiaan n kegembiraan kpd org lain..bukan kah ia merupakan suatu kesenangan n kebahagiaan buat diri kita juga..