KuRNIA...

8:22 AM Posted In Edit This 0 Comments »



Panas terik cahaya matahari amat perit mencengkam kulit. Namun tetap aku gagahi mengayuh basikal dengan pantas. Semoga aku sempat sampai pada waktu yang dijanjikan. Aku tidak suka orang menungguku. Lebih-lebih lagi dia. Apatah lagi aku tidak sabar-sabar mendengar berita yang ingin disampaikan olehnya. Kiriman sms yang baru ku terima tadi sungguh ringkas. “Kita jmp tmpt biasa pukul 2.30 ptg ada hal penting nak bincg”. Dari jauh kelihatan kelibatnya menantiku di tepi pondok stadium. ‘’Hai, lama ke tunggu?, ujarku. “Tak lah baru je sampai”. Aku menghampirinya, ku lihat ada kegusaran pada wajahnya. Dia menarik nafas panjang. Bunyinya macam menghadapi masalah berat. Dia merenung wajahku. Aku masih ingat detik itu. Pertemuan kami yang terakhir kalinya sebelum dia melangkah pergi meninggalkan ku. Pemergiannya telah merenggangkan perhubungan kami. Kini telah tujuh bulan aku menantikannya. Khabar berita yang ku terima kian hambar. Malah kiriman sms yang ku hantar bagai tidak acuh sahaja dibalasnya. Kalau dulu kami sering berbual atau berchating panjang. Tapi kini, tidak lagi. Dia seolah-olah menyembunyikan sesuatu dariku. Bermula dengan utusan berita setiap hari berkurangan menjadi setiap minggu dan akhirnya bulan. Kini aku tidak lagi mendengar khabarnya. Telah ku usaha menghubunginya tapi aneh tidak berjawab.

Aku dapat merasakan perubahan ketara dalam dirinya. Kadang-kadang aku membuat tafsiran sendiri adakah dia telah melupakan ku dan sudah ada yang lain. Namun andaian itu aku lempar jauh. Hatiku terpanggil untuk bertandang berjumpa dengannya. Aku nekad untuk terbang ke Kota Kinabalu tanpa pengetahuannya. Setibanya di KK aku disambut oleh seorang rakanku Yati yang kebetulan belajar di sana. So dapat lah aku menumpang dan dapatlah dia membantuku apa yang patut. Yati mengajakku ke rumah sewanya. Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata. Wajahnya terbayang di ruang mata.

Yati menemaniku ke rumah yang ku cari. Aku menekan loceng dan menanti kelibat sesiapa yang mengundang kedatangan kami. Kelihatan satu wajah yang aku kenali keluar merapati pagar rumah. Dari jauh kulihat dia mengamatiku. Akhirnya dia melirik senyum gembira dan memanggil namaku. “Nurul ke ni”? katanya. Aku mengangguk dan bersalam dengannya. Dia begitu terperanjat dan gembira dengan kedatanganku. Aku agak rapat juga dengan Mak Cik Kartini sebelum dia berpindah mengikut suaminya atas urusan kerja ke KK. Aku terharu dan gembira. Namun bukan kegembiraan itu yang kucari. Dengan ramah Mak Cik Kartini menghidangkan kami minuman dan kuih-muih. Aku masih lagi menanti kelibatnya namun masih tidak kelihatan.



“Mak cik, Hanan mana”?tanya Yati, mungkin dia dari tadi mengamatiku yang kelihatan gelisah menantikan Hanan. Wajah Mak Cik Kartini berubah mendung. Kulihat matanya merenung jauh ke dalam mataku.” Nurul tak tahu”? Aku tidak pasti apakah soalan yang diajukan kepadaku ini. Mak Cik Kartini menarik nafas panjang sebelum memulakan cerita. Aku dan Yati mendengar berita buruk yang disampaikan oleh Mak Cik Kartini. Aku tidak sangka Hanan menyembunyikan sesuatu yang amat perlu untuk aku tahu. Hanan tidak adil kerana meminggirkan aku saat ini. Dari jauh aku lihat sebujur tubuh terbaring di katil. Hanan tidak menyedari kehadiranku di kamarnya. Malah dia juga tidak tahu aku terbang ke KK mencarinya. Dia masih nyenyak tidur. Mungkin kesan ubat menyebabkan Hanan tertidur. Aku memujuk hatiku melihat Hanan dengan tabah. Hanan terlibat dalam kemalangan jalan raya setelah motor yang ditunggangnya dilanggar lori lima bulan yang lalu. Hanan mengalami kecederaan parah, dia lumpuh separuh badan. Hanan yang dulu ku kenali begitu aktif di sekolah dengan aktiviti sukan dan kokurikulum kini tidak lagi mampu berdiri. Aku begitu sedih dan simpati mendengar dan melihat keadaan Hanan.

Hanan terjaga dan terperanjat melihat aku duduk di sisinya. Aku tersenyum walaupun dalam hatiku pedih di kala itu. Hanan ingin menyatakan sesuatu namun aku menahan bibirnya dengan jariku. Cukup, aku telah mengerti semuanya Hanan. Namun ingin ku katakan aku akan setia di samping mu biar pun bagaimana keadaan dirimu, kerana aku begitu mencintai dirimu.

Aku menatang minuman ke meja di tepi perkarangan rumah. Suasana petang hujung minggu itu cukup mendamaikan. Lebih-lebih lagi bayu laut berhampiran rumah kami memberi keserasian di hatiku. Petang yang cukup indah bagi merehatkan tubuh dari kesibukan kerja di pejabat perlu diisi bersama keluarga yang tercinta bisikku dalam hati. “Mari minum dulu “?kataku. Anakku yang sulung seusia tiga tahun berlari mendapatkanku. Disusuli suami tercinta Mohd Hanan Hanafi tersenyum menghampiri kami. Syukur kepada tuhan kini Hanan sembuh sepenuhnya.Cinta itu bukan Tuhan tetapi merupakan kurniaan daripada Tuhan. Setelah berusaha selama dua tahun lebih, Hanan bangkit demi meneruskan impian kami . Kini, kami bahagia bersama puteri kami, Arisha.









0 comments: