Pengalamanku di MeRAPOH

9:26 AM Posted In Edit This 0 Comments »
Tidak mungkin dapat saya lupakan pengalaman saya di Merapoh, Kuala Lipis Pahang. Anggota polis seperti ayah sering dihantar ke sana-sini bagi menjalankan tugas...Kami sangat teruja apabila ayah dinaikkan pangkat dan diarahkan bertukar tempat kerja di sana. Tinggal di Kuala Lipis Pahang selama 11 tahun sudah cukup lama buat kami, dan tidak salah ingin bertukar suasana baru. Dalam hidup, penghijrahan itu membawa saya pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang mampu mematangkan kehidupan. Setibanya kami di kawasan yang dikatakan agak pedalaman itu saya sangat teruja melihat suasana persekitaran kampung yang bagi saya amat mendamaikan. Merapoh, masih di daerah Kuala lipis Pahang, dan berhampiran dengan sempadan Gua Musang Kelantan.

Kami tiba dibalai polis Merapoh pada suatu petang. Di belakang balai polis terdapat padang dan sekelilingnya rumah-rumah anggota dalam bilangan yang kecil. Kami akhirnya mengemas rumah dan proses memindah barang berjalan lancar, kerana jiran-jiran tetangga sangat ringan tulang membantu kami. Rumah ini cukup luas dan amat selesa buat kami..Tetapi hati saya masih terdetik sesuatu, bagi saya rumah ini cukup suram, dan seram lebih-lebih lagi apabila saya, adik dan mak saya yang sedang sarat mengandung tinggal di rumah pada waktu malam, kerana ayah sering keluar bekerja. ..Setelah tinggal hampir satu bulan baru kami tahu, salah satu bilik di rumah itu dikunci kerana menyimpan stretcher mayat dan pelbagai lagi..

Ayah telah daftarkan saya di Sekolah Rendah Kebangsaan Merapoh. Saya sangat berdebar-debar, ketika mengikut guru kelas ke kelas baru saya, berbagai tanggapan dan andaian bermain di fikiran. Tidak sabar belajar dan berkenalan dengan rakan-rakan baru. Saya memperkenalkan diri kepada ahli kelas. Saya juga diajukan pelbagai soalan tentang sekolah lama saya S.R.K Clifford.

Tinggal di Merapoh cukup indah buat saya, saya berbasikal ke sekolah dengan menggunakan jalan-jalan di kampung bersama-sama rakan –rakan . Mak dan ayah juga tidak perlu risau akan keselamatan saya. Pada petang hari juga saya sering mengikut rakan-rakan meronda sekitar kampung. Di dalam kawasan perumahan polis juga terdapat anak sungai yang sangat cantik dan jernih, saya sering menghabiskan masa bermandi-manda serta belajar di sana. Saya juga dapat melihat kereta api lalu , kerana lintasannya berhampiran dengan kawasan perumahan kami. Masih saya ingat perkara nakal yang saya dan rakan pernah buat iaitu duduk di rail kereta api pada jam hampir 6 petang. Sememangnya kami tahu ada kereta api yang akan melintasi, kami berjanji duduk di rail hingga kereta api hampir kepada kami dan lari secepat mungkin bagi menyelamatkan diri. Kami melakukannya pada setiap petang, dan kami rasa sungguh takut dan cemas apabila kereta api hampir kepada kami dan lari apabila kereta api betul-betul hampir. Setelah berjaya melarikan diri kami rasa sangat gembira dan puas kerana berjaya menguji dan menyelamatkan diri. –awas jangan cuba aksi ini..

Saya dan rakan hanya sempat melakukanya beberapa kali dan suatu petang yang sedikit malang, ketika melarikan diri kain saya tersekat di rail ketika kereta api hampir dan nasib baik rakan saya sempat membantu saya, kami sempat lari dan jatuh di tepi landasan, nasib baik luka sedikit je..Sesungguhnya Allah itu maha adil, menyedarkan kami dan membuat kami serik .

Pengalaman di Merapoh mengajar saya pelbagai perkara antaranya semangat kejiranan yang tinggi, persahabatan,semangat belajar yang tinggi kerana saya lihat rakan-rakan di sini gigih berusaha dalam pelajaran kerana mereka membuat andaian pencapaian mereka cukup jauh daripada pencapaian sekolah Bandar.Begitu juga dengan semangat guru-gurunya. Dalam pada itu, saya yang allergic dengan sayur, mula sukakan sayur, kerana dipengaruhi oleh rakan-rakan.

Eyann Blog..

4:10 AM Posted In Edit This 0 Comments »
Syukur alhamdulillah dpt juga kesempatan create blog sendiri..walaupun baru je uat blog ni tp alhamdulillah dpt juga taip apa yang termampu..Eyann blog..sy pilih title ni 4 my blog iaitu gabungan nama sy n my lovely partner.. Skrg ni tahun akhir pengajian so, saya kesempitan waktu untuk mengisi ruangan blog..Actually ilham nak uat blog ni tercetus bila lihat teman saya Siti Rozkiah create blog dia yang menarik dan dari situ timbul minat nak create blog sendiri..Blog ni mengandungi beberapa bahagian antaranya bhg me n memory iaitu sedikit perkongsian pengalaman dan diri saya..bhg pengetahuan, iaitu perkongsian ilmu n info yang sy terbaca, belajar n kaji, bhg muhasabah iaitu bhg plg saya suka..tujuan sy taip bhg muhasabah ni adalah pertama utk diri sy sendiri, n uat pendoman pembaca blog yg sy kasihi.. bhg karya iaitu hasil karya rekaan sendiri tiada kena mengena dengan sesiapa pun..just suka-suka create..n last part cooking..actually sy ni tak pandai masak sgt..so resepi ni adalah daripada bonda tercinta,rakan n ada juga sy ambk daripada majalah, internet dan buku masakan di mana resepi ni telah sy buat n ubh sedikit..Terima kasih kepada yg sudi menjadi follower serta membaca blog ni..Anda juga boleh isi komen di ruangan..Hope sy dpt komen yg membina daripada pembaca sekalian..

WARNA..

7:51 AM Posted In Edit This 0 Comments »
Semua orang sudah pastinya mempunyai warna kegemaran masing-masing kan. Menurut pengkaji , seseorang dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Ohh..ye ke..Ok..mulakan dengan warna kegemaran saya..

MERAH –berani, tegas,tamak,tahan melarat dan suka bersenang-senang..Tergolong dalam kalangan yang sukar jatuh cinta..

BIRU- Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur,cekap memberi maaf dan tegas, suka menyembunyikan perasaan..


Hijau- Suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, ratuh pada pegangan agama,suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot, seorang yang romantik.

KUNING- Menyukai ilmu, gemar membaca,tekun,cerdas dan tabah menghadapi cabaran dan periang..

So ni lah antara hasil-hasil pegkaji tentang warna dan perwatakan seseorang. Color lain tu u all cari sendiri lah yek..Hemm..bagi saya ada yang match..
Fakta+
• Hitam merupakan warna yang seringkali digunakan untuk mengurangkan nafsu makan. So bagi mereka yang nak kurangkan berat badan bolehlah menggunakan kain alas meja or pinggan warna hitam..
• Gunakan naluri untuk memilih warna yang dapat membantu anda tenang.

Perubahan

3:26 AM Posted In Edit This 0 Comments »


Aku mengeluh kecil melihat  jam ditangan menunjukkan pukul  5 petang. Lantas ku  bercongak-congak di dalam fikiran perkara yang perlu aku lakukan sebaik sahaja tiba di rumah. Hujan lebat yang turun pada petang itu menambahkan lagi kesesakan jalan raya yang memang sudah sesak sebelum ini. Namun cetusan itu ku lempar jauh. Bukankah hujan satu rahmat daripada Ilahi yang perlu kita hargai dan syukuri.  Alhamdulillah ucapku setibanya aku di perkarangan rumah.Aku segera masuk dan menuju ke dapur  untuk menyimpan barang-barang yang kubeli di pasaraya tadi. Bahan mentah dan sayur yang ingin aku masak untuk hidangan malam aku asingkan di atas singki.

“Mama masak apa malam ni”? Aku agak terkejut apabila disapa oleh anakku yang sulung Razif. Aku sangkakan Razif belum pulang bermain. Mungkin hari hujan membuatkan Razif pulang awal ke rumah fikirku.” Masak sup sayur dan ayam goreng”, ujarku. “Boleh tak mama masak best sikit..cam kari ayam  tak pun rendang ayam”. “Razif, nanti hari minggu mama masak macam tu ye, hari ni mama penat sangat banyak kerja, mama masak simple je lah ye sayang”, kataku memujuk.

            Razif meggangguk.Aku tahu razif seorang anak yang baik. Lantas tercuit rasa bersalah kerana tidak dapat memenuhi permintaannya. Anak yang sedang membesar  seusia 11 tahun ini memang selera makannya agak tinggi. Kata Razif, dia sangat suka dengan masakkan air tanganku daripada makan di luar rumah. Aku segera menuju ke kamar untuk membersikan diri,dari jauh kulihat sebujur tubuh kecil Raihan sedang lena tidur di sofa ruang menonton televisyen. “Bertuah punya anak, tidak sempat tukar pakaian kelas fardu ain”, bisikku perlahan sambil mendekati Raihan. Mungkin dia kepenatan dan tidak sempat menyalin pakaian.

            Hidangan malam telah aku hidangkan di atas meja makan. Aku segera memanggil anak-anakku untuk turun makan bersama-sama. Kulihat Razman duduk bersandar di sofa ruang tamu rumah sambil menonton televisyen. Dia seolah-oleh tidak menyedari kehadiranku. “Jemput makan tuan putera”, kataku dengan niat untuk mengusiknya. Dia lantas bangun dengan muka yang agak mencuka. Begitu juga di waktu makan dia hanya mendiamkan diri. Aku ternya-tanya apakah yang bermain di benak fikirannya.
           

            Aku merenung jauh ke luar jendela office yang menghadap beberapa banggunan. Kelihatan beberapa pekerja tekun mengecat banggunan office di hadapan office ku. Warna  cat banggunan sebelumnya telah pudar dan perlu diganti baru bagi menyerikan kembali banggunan tersebut. Hidup ini penuh dengan penggantian dan  perubahan. Ada kalanya penggantian dan perubahan itu membawa kebahagian dan kebaikan dan ada juga membawa kehampaaan dan keperitan. Aku masih ingat kata-katanya ketika melamarku dulu. Akulah wanita yang pertama dan terakhir yang akan dijadikan isteri dan berjanji hidup bersama sampai ke akhir hayat ini. Kata-kata yang mudah diungkap tapi sukar dilaksanakan.

Entah di mana silap dan salahnya. Aku cuba menjadi isteri dan ibu yang terbaik, berkorban tenaga, masa , wang ringgit dan  sepenuh hidupku demi kebahagiaan seisi keluarga. Mudah untuknya mencari helah dengan mengariskan kelemahanku menyebabkannya membina rumah tangga yang baru. Aku dikatakan sibuk mengejar kerjaya hingga mengabaikan masa untuk rumah tangga. Katanya kami tidak lagi setaraf dan tidak lagi sefahaman  apabila aku dinaikkan tanggungjawab kerja.  Hidup ini memang tiada kesempurnaan dan tuhan menjadikan hidup kita berpasangan bagi memelihara ketidaksempurnaan itu. Adalah tidak adil jika dia hanya melihat kekurangan hanya pada pihakku. Hanya keimanan yang dapat membendung hatiku yang hancur ini.  Aku menerima khabar yang disampaikan olehnya dengan tenang walaupun di dalamnya bergelora. Aku mendoakan kebahagiaan buatnya kerana aku percaya kebahagiaan bukan milikku sepenuhnya. Aku kini bahagia di samping putera dan puteriku yang amat aku sayangi.

Nilai persahabatan...

3:14 AM Posted In Edit This 0 Comments »

 

Persahabatan itu cukup indah. Malah persahabatan itu banyak membantu kita melalui liku-liku kehidupan. Sahabat yang mendampingi dirimu di kala susah dan senang atau di kala suka dan duka merupakan sahabat yang sejati. Dan bagaimana pula dengan sahabat yang hanya mendampingi kita di kala suka atau di kala duka sahaja? Nilai persahabatan ini sukar diungkap dan penuh warna-warninya. Berbagai ragam sahabat yang kita jumpa dan pasti, setiapnya ada kelemahan dan kekurangannya. Bagiku manusia yang ku gelar sahabat ialah  mereka yang jujur, ikhlas dan menerima kekurangan dan kelebihan sahabatnya dengan hati yang terbuka. Ada kalanya, perlu juga berterus-terang dengan bahasa yanag sebaiknya bagi menegur dan menasihati antara satu sama lain. Berterus-terus adalah perlu bagi memelihara hubungan dan mengelak daripada berlakunya pengumpulan perasaan yang mengakibatkan ketidakpuasan dan akhirnya boleh mencetuskan dendam. Hargailah sahabat di sekeliling kita selagi kita berjuang bersamanya. Semoga persahabatan mampu dijalin dan menjadi kenangan teridah dalam hidup kita.

Berbuatlah kebaikan

3:57 AM Posted In Edit This 0 Comments »
Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungghnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.

Sikap sombong dan bangga diri

3:54 AM Posted In Edit This 0 Comments »



Sesungguhnya manusia dikurniakan oleh Allah SWT dengan rezeki dan nikmat yang berbeza. Ada yang kaya, cerdik, sihat dan sempurna sifat. Kesmua kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT bukanlah lesen untuk berlagak bongkak, sombong dan takbur dengan mereka yang bernasib kurang. Kita hidup di dunia hanyalah sementara dan tidak seorang pun tahu bilakah malaikat maut akan datang mencabut nyawa. Hindarkan sikap sombong dan bongkak kerana ianya hanya merugikan diri kita sendiri.


Jauhi Sikap Hasrat Dengki.

3:52 AM Posted In Edit This 0 Comments »

Rakan-rakan sekalian, hasrat dengki ini sebenarnya ialah penyakit hati dan maksiat batin yang terdapat pada manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan. Orang yang mempunyai sifat hasad ini mengharapkan sesuatu nikmat yang ada pada seseorang berpindah kepada dirinya.

Dalam bahasa melayu, dengki digandingkan dengan perkataan hasad bermaksud kebencian (kemarahan) kerana perasaan cemburu atau iri hati yang amat sangat. Jadi hasrat dengki merupakan perasaan tidak senang hati dalam diri seseornag apabila melihat orang lain mendapat seuatu kebaikan.

Sekiranya busuk hati wujud pada seseorang akan menyebabkan orang itu tidak suka sesuatu kebaikan diperolehi  hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan di hadapanya tentang kesenagan mana-mana hamba Allah, hatinya menjadi sempit dan resah mendengarnya. Tetapi apabila diketahui pihak lawanya gagal dan menerima malang, dia akan berasa gembira dan suka hati.

Walau bagaimanapun dalam islam terdapat dua perkara yang dibenarkan hasad. Jenis hasad ini dipanggil sebagai ‘ghibtah’ iaitu iri hati dengan kejayaan dan kemampuan seseorang lalu cuba bersaing secara sihat. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud tidak boleh dengki dan iri hatikecuali dalam dua perkara iaitu iri hati terhadap orang yang dikurnia harta lalu menginfakkannya (di jalan Allah) pada malam dan siang hari, juga iri hati kepada orang yang diberi kepandaian membaca al-Quran lalu membacanya setiap malam dan siang (Riwayar Bukhari dan Muslim)

Sama-samalah kita berdoa agar kita tidak tergolong di kalangan orang yang mempunyai hasrat dengki. Jika kita lihat rakan kita menerima ganjaran, hadiah atau kelebihan daripada kita. Kita seharusnya berasa gembira dengan apa yang dimilikinya. Bukannya, cemburu dan lawan balik , dengan cara yang tidak sewajarnya.


MEMORIku DI SABAH

8:16 AM Posted In Edit This 0 Comments »



 Percutian singkat ku bersama rakan2 ke sabah mmg cukup indah..kami mengambil kesempatan pada cuti pertengahan sem untuk merialisasikan impian murni kami tu..detik 30 januari 2011-1 feb 2011..merupakan memori yg terindah yg tersurat di dlm kamus idupku..segala perjalanan, tiket n penginapan telah kami atur dgn lebih awl..mlm 29 hb s’awl jam 10 mlm aku n rozie bertolak ke airport..disusuli mel,pui, mala n betty pada jam 12mlm..kami terpaksa bermlm di airport..coz penerbangan kami jam 6 pagi..





















Ni lah muka2 yg jd guard  airport mlm tu..just aku n mel je yg x tdor mlm tu..yg lain dpt lh tdor2 aym..sejuk..
Jam 4.20 pagi check in..dlm kul 6 br lh kami b’lps ke k.k..





Penerbangan kami mengambil masa 1 jam 25 minit..jam 7 lbh pagi kami selamat mendarat di lapangan terbang k.k..kami kemudiaan nya mengambil teksi airport dgn tambang Rm 45 ke tmpt bus..coz first plan kami nak g ke kundasang..tp tiba2 x jd lh nak naik bus coz ada van yg m’nawarkn utk hntr kami ke kundasang dgn byrn Rm 250.00..time tu aku rasa mmg x sedap bdn..sy pening sgt., sejuk n .penat sgt2..Masa dlm p’jln ke kundasang tu cuaca pun kurang baik,,berserta sejuk sgt..ye lh  naik kaki gunung..ngn jln nya mcm ular kena palu..pastu tinggi..bykn mendaki..m’buatkn aku muntah2 teruk..g n blek sama je..








Smpy je di kundasang..hjn masih lh turun..so hasrat kami utk ke ladang mmg punah..huhhuh..tp kami reda dgn ketentuan ini..jd kami ambil masa tuk b’jln di sekitar pasar utk melihat n m’beli buah-buahan, bunga,n kuih tradisi org sbh..mmg murah n segar2..terbaik dr ladang..

















Dlm p’jln pulang..kenderaan yg kami naiki mengalami masalah..




Ttp syukur lh semua nya selamat..kami mampu menerusakn pjlnan pulang ke hotel..kami tiba di hotel jam 1.30 …menginap di Akinabalu hotel..top rated hostel in Asia..di jalan gaya Bandar k.k. aku menghabiskan s’pnjg ptg utk berehat di bilik..manakala rakan2 ku yg lain berjln2 di bndr k.k..pd mlm hari pula..aku ke pasar mlm..




jam Atkinson dpt dilihat dr belakang hotel...
Kebetulan menjelang perayaan thn baru cina..so kws sekitar hotel sgt meriah..

 
Pada esk ari nya..kami ke pulau manukan..the great moment will be here..haha..rakan2 ku..mala, pui,betty n mel telah b’tolak ke pulau manukan s’awl jam 7lbh pagi. Manakala aku n rakan ku rozie ke pulau manukan pada jam 11.30 pagi..dgn menaiki bot byrn Rm 100..mmg best..first time g pulau..lalu laut bsr..pd pagi tu ombak x t’lalu kuat..tp blek tu agak kuat jg lh..kecut perut bila b’ada di tgh laut..tp m’lihat keindahan laut n pulau..hati rasa t’hibur..n segala kegusaran ilang sekelip mata..perjln ke pulau manukan dr jeti dlm 20 minit..


































 Pulau yg sgt cantik..kat sini leh snorkeling..Scuba doo, mandi2..ada jg jungle tracking..Best sgt..
















Mmg best..huh2..kami pulang dr pulau kul 2 ptg..pastu blek rest kat hotel..jam 4 ptg keluar b’siar2 di bndr k.k..n ke psr filipin..lupa lak nak snap gmbr kat psr filipin..huh..huh..tp mmg brg murah..cam mutiara leh dpt plg murah Rm 0.30 s'biji ..wah rambang mata nak pilih..bnyk jg kraftgn lain yg dijual ...ikn masin pun ada..n di psr ni harga leh runding (bargain)..


Begmbr di sekitar waterfront k.k

Antara yg dibeli..ni  brg rozie..yg sy x leh snap..secret..rantai n gelang Rm30..cam butang baju tu..satu set Rm11..



ni lah gmbrn psr filipina di k.k..sy ambil pic ni dr
http://www.anastasyea.com/2010/07/pusat-kraftangan-pasar-filipina-kota.html...
Di belakang psr filipin ni ada jual seafood lh..nyam2..murah2  apa lg borong2..ehh..leh tawar menawar lg tu..ikan tu leh dpt belasan ringgit..lobster plg murah leh dpt Rm5..yg bsr pun dlm Rm 30 je..waa..bnyk murah..





  ketam yg kami beli..Rm 10.






















Esk last day di sbh..jln 2 di k.k lg..coz td x jln hbs..sy jmp ngn kwn lama yg study di ums..
kwn lama..azlin..b'jmp jg di k.k...

















wah..posing lh korang 2 ye..mel n pui...



Kenangan kita bersama..mel,pui,betty , mala , rozie n yan…


So..for  the conclusion..nice trip to sabah..mari2 dtg sabah..