Niat kerana ALLAH SWT

9:00 PM Posted In Edit This 0 Comments »
Hidup ini ibarat perantau yang mencari bekalan untuk masa hadapan iaitu akhirat. Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian melainkan orang yang saling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. Kebenaran itu jika amalan yang dilakukan berserta niat kerana ALLAH SWT iaitu niat baik bagi mendapat keredaan daripadaNYA manakala kesabaran itu merangkumi usaha yang gigih dan sabar bagi mendapat ganjaranNya. Niat merupakan matlamat dan ianya perlu diikuti dengan usaha agar tidak menjadi sia-sia. Jika kita kurang menyedari kita hanya mengandaikan hanya apabila kita solat, mengaji, berzikir, menderma, berpuasa dan menunaikan haji sahaja dikira ibadat kita kepada ALLAH swt. Sedangkan ALLAH swt itu maha adil kerana amalan kita bukan dikira itu sahaja tetapi segala yang kita lakukan. Setiap amalan seperti perbuatan dan percakapan kita itu juga merupakan ibadah jika berlandaskan niat kerana ALLAH swt . Oleh itu setiap saat bentukkan niat kerana ALLAH swt sebelum disusuli tindak tanduk yang dilakukan agar kita selamat dunia dan akhirat. Contonya jika kita ingin bekerja kita niatkan kerana ALLAH swt setelah berniat sudah pastinya kita membentuk pemikiran tindakan kerja yang sewajarnya kita lakukan agar mendapat keredaan ALLAH swt oleh itu kita akan melahirkan matlamat yang murni dan baik dalam pekerjaan. Pekerjaan yang dilakukan perlu dengan jujur ,bersungguh-sungguh serta berhemah bagi mendapatkan keredaan ALLAH swt. Dengan membentuk niat kerana ALLAH swt sudah pastinya kita terhindar dari melakukan perbuatan yang bertentangan dengan larangannya. Niat merupakan kunci bagi setiap amalan yang dilakukan dan ALLAH swt akan menilai dan memberi ganjaran kepada hambanya menerusi apa yang diniatkan oleh hambanya.

SABAR

4:32 AM Posted In Edit This 0 Comments »
 Kita sering mendengar perkataan sabar dalam kehidupan. Namun fahamkah kita akan erti sabar yang sebenarnya dan mampukah kita mempraktikkan sabar dalam kehidupan.   Jika kita melihat sabar itu bukan indah, bukan kerana sabar itu tidak indah, tetapi mata hati kitalah yang kabur untuk melihat keindahan itu. Sabar merupakan sifat di mana kita menghalang diri daripada sifat keluh-kesah dan sedih dalam menghadapi sebarang perkara yang tidak kita sukai. Sabar itu ibarat cahaya matahari di mana panasnya membahang tetapi ia merupakan sumber tenaga yang menerangi bumi. Tanpa sifat sabar kita akan berada dalam kegelapan selamanya. Oleh itu mahukah kita berada dalam kegelapan ini?
Sabar merupakan solusi utama dalam sebarang masalah atau dugaan hidup. Apabila kita ditimba musibah atau masalah kita perlu bersabar dan apabila kita bersabar hati akan tenang dan mampu membentuk alternatif bagi menghadapi dan menyelesaikannya.  Jika di lihat seluruh penciptaan alam dicipta atas tapak kesabaran. Contonya tumbuh-tumbuhan membesar sedikit demi sedikit sedangkan ALLAH SWT maha pencipta mampu menjadikkanya tumbuh sekelip mata. Kita sebagai manusia juga perlu malu jika tidak bersabar. Jika ALLAH SWT yang memiliki sifat kesempurnaan mampu bersabar dengan tidak terus menghukum hamba-hambaNya yang berdosa inikan kita manusia yang kerdil ini.
Menurut iman al-Syafi’i ‘seandainya Al-Quran itu hanya ada satu surah memadai buat manusia kerana mengandungi segala keperluan untuk manusia dan ditutup dengan sabar. Surah itu ialah surah al- Ashr. Firman ALLAH yang bermaksud” Demi masa sesugguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati dengan kebenaran serta nasihat- menasihati dengan kesabaran”.
Semoga kita mampu menanamkan sifat sabar dalam kehidupan. Lawan sifat sabar ialah berputus asa, marah dan tergesa-gesa. Oleh yang demikian ,kikislah sifat negatif ini agar kita mampu menjadi orang yang sabar. Semoga kita sabar dalam menurut perintah ALLAH swt, meninggalkan laranganya serta sabar dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan.