Niat kerana ALLAH SWT

9:00 PM Posted In Edit This 0 Comments »
Hidup ini ibarat perantau yang mencari bekalan untuk masa hadapan iaitu akhirat. Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian melainkan orang yang saling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. Kebenaran itu jika amalan yang dilakukan berserta niat kerana ALLAH SWT iaitu niat baik bagi mendapat keredaan daripadaNYA manakala kesabaran itu merangkumi usaha yang gigih dan sabar bagi mendapat ganjaranNya. Niat merupakan matlamat dan ianya perlu diikuti dengan usaha agar tidak menjadi sia-sia. Jika kita kurang menyedari kita hanya mengandaikan hanya apabila kita solat, mengaji, berzikir, menderma, berpuasa dan menunaikan haji sahaja dikira ibadat kita kepada ALLAH swt. Sedangkan ALLAH swt itu maha adil kerana amalan kita bukan dikira itu sahaja tetapi segala yang kita lakukan. Setiap amalan seperti perbuatan dan percakapan kita itu juga merupakan ibadah jika berlandaskan niat kerana ALLAH swt . Oleh itu setiap saat bentukkan niat kerana ALLAH swt sebelum disusuli tindak tanduk yang dilakukan agar kita selamat dunia dan akhirat. Contonya jika kita ingin bekerja kita niatkan kerana ALLAH swt setelah berniat sudah pastinya kita membentuk pemikiran tindakan kerja yang sewajarnya kita lakukan agar mendapat keredaan ALLAH swt oleh itu kita akan melahirkan matlamat yang murni dan baik dalam pekerjaan. Pekerjaan yang dilakukan perlu dengan jujur ,bersungguh-sungguh serta berhemah bagi mendapatkan keredaan ALLAH swt. Dengan membentuk niat kerana ALLAH swt sudah pastinya kita terhindar dari melakukan perbuatan yang bertentangan dengan larangannya. Niat merupakan kunci bagi setiap amalan yang dilakukan dan ALLAH swt akan menilai dan memberi ganjaran kepada hambanya menerusi apa yang diniatkan oleh hambanya.

0 comments: