Perubahan

3:26 AM Posted In Edit This 0 Comments »


Aku mengeluh kecil melihat  jam ditangan menunjukkan pukul  5 petang. Lantas ku  bercongak-congak di dalam fikiran perkara yang perlu aku lakukan sebaik sahaja tiba di rumah. Hujan lebat yang turun pada petang itu menambahkan lagi kesesakan jalan raya yang memang sudah sesak sebelum ini. Namun cetusan itu ku lempar jauh. Bukankah hujan satu rahmat daripada Ilahi yang perlu kita hargai dan syukuri.  Alhamdulillah ucapku setibanya aku di perkarangan rumah.Aku segera masuk dan menuju ke dapur  untuk menyimpan barang-barang yang kubeli di pasaraya tadi. Bahan mentah dan sayur yang ingin aku masak untuk hidangan malam aku asingkan di atas singki.

“Mama masak apa malam ni”? Aku agak terkejut apabila disapa oleh anakku yang sulung Razif. Aku sangkakan Razif belum pulang bermain. Mungkin hari hujan membuatkan Razif pulang awal ke rumah fikirku.” Masak sup sayur dan ayam goreng”, ujarku. “Boleh tak mama masak best sikit..cam kari ayam  tak pun rendang ayam”. “Razif, nanti hari minggu mama masak macam tu ye, hari ni mama penat sangat banyak kerja, mama masak simple je lah ye sayang”, kataku memujuk.

            Razif meggangguk.Aku tahu razif seorang anak yang baik. Lantas tercuit rasa bersalah kerana tidak dapat memenuhi permintaannya. Anak yang sedang membesar  seusia 11 tahun ini memang selera makannya agak tinggi. Kata Razif, dia sangat suka dengan masakkan air tanganku daripada makan di luar rumah. Aku segera menuju ke kamar untuk membersikan diri,dari jauh kulihat sebujur tubuh kecil Raihan sedang lena tidur di sofa ruang menonton televisyen. “Bertuah punya anak, tidak sempat tukar pakaian kelas fardu ain”, bisikku perlahan sambil mendekati Raihan. Mungkin dia kepenatan dan tidak sempat menyalin pakaian.

            Hidangan malam telah aku hidangkan di atas meja makan. Aku segera memanggil anak-anakku untuk turun makan bersama-sama. Kulihat Razman duduk bersandar di sofa ruang tamu rumah sambil menonton televisyen. Dia seolah-oleh tidak menyedari kehadiranku. “Jemput makan tuan putera”, kataku dengan niat untuk mengusiknya. Dia lantas bangun dengan muka yang agak mencuka. Begitu juga di waktu makan dia hanya mendiamkan diri. Aku ternya-tanya apakah yang bermain di benak fikirannya.
           

            Aku merenung jauh ke luar jendela office yang menghadap beberapa banggunan. Kelihatan beberapa pekerja tekun mengecat banggunan office di hadapan office ku. Warna  cat banggunan sebelumnya telah pudar dan perlu diganti baru bagi menyerikan kembali banggunan tersebut. Hidup ini penuh dengan penggantian dan  perubahan. Ada kalanya penggantian dan perubahan itu membawa kebahagian dan kebaikan dan ada juga membawa kehampaaan dan keperitan. Aku masih ingat kata-katanya ketika melamarku dulu. Akulah wanita yang pertama dan terakhir yang akan dijadikan isteri dan berjanji hidup bersama sampai ke akhir hayat ini. Kata-kata yang mudah diungkap tapi sukar dilaksanakan.

Entah di mana silap dan salahnya. Aku cuba menjadi isteri dan ibu yang terbaik, berkorban tenaga, masa , wang ringgit dan  sepenuh hidupku demi kebahagiaan seisi keluarga. Mudah untuknya mencari helah dengan mengariskan kelemahanku menyebabkannya membina rumah tangga yang baru. Aku dikatakan sibuk mengejar kerjaya hingga mengabaikan masa untuk rumah tangga. Katanya kami tidak lagi setaraf dan tidak lagi sefahaman  apabila aku dinaikkan tanggungjawab kerja.  Hidup ini memang tiada kesempurnaan dan tuhan menjadikan hidup kita berpasangan bagi memelihara ketidaksempurnaan itu. Adalah tidak adil jika dia hanya melihat kekurangan hanya pada pihakku. Hanya keimanan yang dapat membendung hatiku yang hancur ini.  Aku menerima khabar yang disampaikan olehnya dengan tenang walaupun di dalamnya bergelora. Aku mendoakan kebahagiaan buatnya kerana aku percaya kebahagiaan bukan milikku sepenuhnya. Aku kini bahagia di samping putera dan puteriku yang amat aku sayangi.

0 comments: